Thursday, June 17, 2010

Gambar diambil pada tahun 1996 ketika mengikuti kursus Pelancongan.Kursus diAnjurkan oleh KBS ( Kementerian Belia dan Sukan ) di kuantan ,Pahang.Barisan tengah dari kiri no 5 itulah aku.
Menjadi pemandu pelancongan dari luar negara..Ketika ini aku bekerja Part Time sebagai Guide di Nusa Camp.Gambar dirakam semasa night walk di Taman Negara.

Tiada pengangkutan darat seperti kereta,motosikal mahupun basikal.Yang ada hanyalah Boat panjang yang menjadi pengangkutan utama penduduk Di Ulu Tembeling ketika ini.Gambar di ambil pada tahun 1998.Kalau orang dibandar beraya dengan baju melayu,Aku hanya memakai jean lusuh dan t-shirt saja.Lucu.....Bila ingat balik...kenangan lalu.Tetapi sekarang semua sudah berubah.Kenderaan pancuan empat roda menjadi kegilaan penduduk .Dan jika ade kawan-kawan yang berminat untuk acara 4x4 meredah hutan belantar dengan hanya melalui jalan tanah merah.Silalah hubungi saya.....Memang adventure betul.

Aku dan anak aku yang sulung ketika menaiki boat panjang semasa hendak balik raya.Duduk dalam boat selama 8 jam dari Kuala Tembeling dan 4 jam dari Kuala Tahan Taman Negara.
Kalau budak lain tentu akan berasa takut tapi...Hero aku ini selambe je.....Siap bagi isyarat "Peace " lagi...Ini bukannya Sungai biasa...Tapi Sungai Pahang ...Bayangkan le...Sungai Pahang yang Lebar tu....takutkan.....
Anak Teruna aku sempat lagi berposing di Jeti Kuala Tahan,Taman Negara sementara menunggu Boat Panjang sampai....Bukan ape,saja nak promote Taman Negara Pahang dengan Kawan-kawan.Rugi kalau tak merasai keindahan Alam semula jadi di Taman Negara Pahang yang kedua tertua di dunia selepas Hutan Amazon....Tak Caya ????Carilah sumber rujukan yang boleh membantu kawan-kawan....

No comments:

Post a Comment