Friday, November 5, 2010

pakej ke Taman Negara Pahang

kami ada menyediakan 3 jenis pakej ke Taman Negara Pahang.

camping Rm 100 + +3 D/ 2N

Hostel Rm 200 + + 3 D/2 N

Chalet Rm 300 + + 3 D/ 2 N.



Activities;

Rapids shooting,visit orang asli village,canopy walkway,climbimg Buki t Teresek,
visit to kelah sanctuary.



Monday, June 21, 2010

Yang Penting Berdaftar dengan SSM




Walau kecil atau besar perniagaan yang hendak di usahakan.Jangan lupa mendaftar dengan SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ).Ini le...contoh sijil pendaftaran syarikat aku........Tak de le rasa takut nak meniaga .sebab ade sijil SSM ni.

Penghantaran Barang ke Sabah dan Sarawak

Ini juga salah satu cabang perniagaan yang saya sedang usahakan.Selain dari pelancongan saya juga boleh membantu kawan-kawan yang berasal dari Sabah dan Sarawak menghantar barang-barang seperti Motosikal,Kereta dan pindah Rumah dengan menggunakan perkhidmatan laut.Insyaallah setakat ini semakin ramai kawan-kawan dari sana yang menggunakan khidmat saya.Jika ada kawan-kawan yang hendak berbuat demikian ,jangan lupa hubungi saya......Saya sedia membantu anda.....

Barang-barang sedang diturunkan dari lori dan di letakkan di atas pallet kayu untuk tujuan pengukuran saiz keseluruhan barang yang hendak di muatkan ke dalam kontena.
Ini lah barang yang sudah siap di ambil ukuran. Dan di masukkan ke dalam kontena mengikut ke tempat mana barang tersebut hendak di hantar.
Ini adalah salah satu contoh kontena yang bersaiz 40 kaki panjang.Kesemua barang-barangkan akan di muat ke dalam kontena ini.
Kelihatan pekerja sedang mengemas dan menyusun atur barang-barang yang sudah di masukkan ke dalam kontena agar tidak berlaku sebarang kerosakan yang teruk ke atas barang -barang yang hendak di hantar ke destinasi yang hendak dituju.




Ini le....Jalan balak yang aku nak cete tu...Kalau nak balik kampung kena ikut jalan ni....Bukan tipu tau...Cuba le rasa sendiri kelainan seperti ini.Pasti kecut perut ....Lagi-lagi mase hari hujan dan masa nak naik bukit atau menuruni curam....tercabut rasa isi perut...Adventurekan........Try le calling-calling aku kalau nak join .....Hu....hu...takut pasal aku ade anak -anak kecil di dalam kete.....

Ready to go back home town"Ulu Tembeling,Pahang Darul Makmur.....Jangan tak caya ....Tuan nya berbadan kecik...Tapi kete tengok le...Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi tu le...bila time nak balik kampung kena ikut jalan balak .Jalan tanah merah.Kalu ade kawan-kawan yang inginkan kelainan boleh menyertai saya untuk program pacuan 4 roda..Bermula dari Taman Negara menuju ke Kpg Pagi,kuala Sat,Kpg Bantal dan Bukit Mat Daling.Jangan tak tau pule kat Kpg Bantal pun ade juga istana hingap sultan pahang.



Sempat lagi anak dara aku beposing dekat kete....waaa....tangkap sayu le pula...nak meninggalkan anak kucing yang beguling dibawah tayar kete....Hu...Hu...

Ini lah kuda hitam ku yang gagah berani,merentasi hutan belantar menuju ke kampung halaman.Syukur...alhamdullillah,allah bagi rezeki yang lebih.Dapat le aku memiliki kuda hitam ku ini yang glamour ( FORD RANGER) .Nama pun ranger kene le beranikan.....





Thursday, June 17, 2010

Gambar diambil pada tahun 1996 ketika mengikuti kursus Pelancongan.Kursus diAnjurkan oleh KBS ( Kementerian Belia dan Sukan ) di kuantan ,Pahang.Barisan tengah dari kiri no 5 itulah aku.
Menjadi pemandu pelancongan dari luar negara..Ketika ini aku bekerja Part Time sebagai Guide di Nusa Camp.Gambar dirakam semasa night walk di Taman Negara.

Tiada pengangkutan darat seperti kereta,motosikal mahupun basikal.Yang ada hanyalah Boat panjang yang menjadi pengangkutan utama penduduk Di Ulu Tembeling ketika ini.Gambar di ambil pada tahun 1998.Kalau orang dibandar beraya dengan baju melayu,Aku hanya memakai jean lusuh dan t-shirt saja.Lucu.....Bila ingat balik...kenangan lalu.Tetapi sekarang semua sudah berubah.Kenderaan pancuan empat roda menjadi kegilaan penduduk .Dan jika ade kawan-kawan yang berminat untuk acara 4x4 meredah hutan belantar dengan hanya melalui jalan tanah merah.Silalah hubungi saya.....Memang adventure betul.

Aku dan anak aku yang sulung ketika menaiki boat panjang semasa hendak balik raya.Duduk dalam boat selama 8 jam dari Kuala Tembeling dan 4 jam dari Kuala Tahan Taman Negara.
Kalau budak lain tentu akan berasa takut tapi...Hero aku ini selambe je.....Siap bagi isyarat "Peace " lagi...Ini bukannya Sungai biasa...Tapi Sungai Pahang ...Bayangkan le...Sungai Pahang yang Lebar tu....takutkan.....
Anak Teruna aku sempat lagi berposing di Jeti Kuala Tahan,Taman Negara sementara menunggu Boat Panjang sampai....Bukan ape,saja nak promote Taman Negara Pahang dengan Kawan-kawan.Rugi kalau tak merasai keindahan Alam semula jadi di Taman Negara Pahang yang kedua tertua di dunia selepas Hutan Amazon....Tak Caya ????Carilah sumber rujukan yang boleh membantu kawan-kawan....

Monday, June 14, 2010

Taman Negara Jun 2010-Laporan Keempat


Sebelum meninggalkan Taman Negara,Para Pelawat
boleh mendapatkan cenderamata untuk kenang-kenangan
dari kedai cenderamata yang berdekatan.Banyak pilihan
cenderamata yang terdapat di situ.

Untuk Program yang akan datang,Saya akan
membawa pelawat bermalam di salah satu
Homestay yang terdapat di sana.Salah satu
Homestay yang ada ialah "DAKILI HOUSE".

Selain penginapan seperti Resort,Chalet dan Hostel,
Pelawat guna boleh memilih Perkhemahan jika
ingin merasai kelainan.

Sebelum berakhir lawatan.Pelawat juga dibawa ke
"Kelah Sanctuary" dan "Lata Berkoh" untuk
menikmati pemandangan Panorama Yang Indah
dan Mandi Manda Di Lata Berkoh.






Taman Negara-Laporan Ketiga


Pelawat sudah bersedia untuk aktiviti yang seterusnya
iaitu "Jungle Trecking".Pelawat akan dibawa
mendaki Bukit Terisek.



Pelawat sedang menaiki "Boat Transfer" untuk
menyeberangi sungai Tembeling.